Tuesday 4 December 2012

KATA INDAH

 KATA INDAH


KATA-KATA INDAH 1

♥●• Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.
♥●• Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.
♥●• Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.
♥●• Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.
♥●• Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
♥●• Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya ღ


KATA-KATA INDAH 2

TUHAN,
lama diri ini mencari-MU,sehingga terpesong melakukan kesilapan,
siang kurasakan gelap,apatah lagi malam,

TUHAN,
terbit cahaya nun disana,
kembara aku menghampirinya..
spnjg perjalanan,byk kbenaran tentang-MU yg kutemui..

TUHAN,
aku kini bermuhasabah diri,
mencari seseorg yg mampu membantu mndekatkan diri pada-MU..
semoga ianya KAU hadirkan buat diriku
hamba-MU yg hina

KATA-KATA INDAH 3

"Biarpun kita menjadi tuan, kita tetap bertuhan. Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan. Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba. Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan kita sujud tempatnya. Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana. Tempat kita di mana? Kalau bukan di situ. Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dasyat. Perjalanan yang jauh terasa perit. Berliku-liku dengan wajah yang legam. Siapakah yang mampu menolong? Kalau bukan kamu yang berasa kerdil. Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-Nya. Lalu tunduk sujud mewalangkan diri. Lalu pulang ke pangkuan-Nya..."

KATA-KATA INDAH 4

berikan aku ruang yang sedikit meskipun sempit utk kamu mengingati aku dan aku akn selalu mengingatimu.

KATA-KATA INDAH 5

Pertemuan​ kta telah diatur di langit dan kita di bmi telah melakukannya sebagaimana kehendak takdir.

KATA-KATA INDAH 6

‎"cinta kpd Allah, itulh cnta abadi.Berpgg pd rsa cnta suci itu,maka p'mainn dunia sdah tdak b'mkna apa2, bahkan tiadalah ia dpt menggugh apa yg dprcaya.Dunia ibrt bgkai.Seumpama stts air brbndg seluas lautan.Seluas lautn itulah akhirat.Plhn hnya dbri smsa kta msh hdup.Apb tlh mati,mka plhn i2 terttp dan yg kta bwa hnyalah iman & taqwa..." 

KATA-KATA INDAH 7

 ‎" Hati yang tulus ikhlas pasti menemui kebenaran biarpun kebatilan tersembunyi jauh ke dasar jiwa " 

KATA-KATA INDAH 8

Rupa-rupanya.....hidup selepas mati,jauh lebih panjang dan lama,berbanding hidup sebelum mati.

KATA-KATA INDAH 9

Meski aku tak sempurna dari sudut pandanganmu,pandanglah aku dari sudut lain.Dari sudut MATA HATImu..

KATA-KATA INDAH 10

 Orang yang buta mata hatinya takkan nampak kebenaran selagi benteng kebatilannya masih menutupi hatinya.
Kembali pada yang asal.Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup.
Jihad Fisabililah yang utama.Minta Allah s.w.t sentiasa beri petunjuk.Amin.

Sunday 11 November 2012

Kawan - kawan . .


                                          with my friends:killyna,amalina,agel,fatin(me)

we again . ,  .

always together , ,

belajar bersama . ,



fatin and erma


modular pun ujian ,. ,

                                                             bestfriend , ,

Monday 5 November 2012


Berusaha Menjadi Yang Sempurna..

Tuesday 30 October 2012

7 KeBaiKan MenAngiS yaNG kita tIdak keTahui



Ada beberapa alasan manusia menangis:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.
Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Kenapa Kubur Wanita Digali Sedalam 7 kaki Berbanding Kubur Lelaki 5 kaki ?



Kenapa Kubur Wanita Digali Sedalam 7 Kaki Berbanding Kubur Lelaki 5 Kaki ?

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”
Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*
Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari
kelak..

Monday 23 July 2012

NiaT Puasa dan Adab Berpuasa Menurut Sunnah

Lafaz niat puasa


Adab Berbuka Puasa  Menurut Sunah

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
4.Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
“Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”
(Faidh al-Qadir, 2/500).
Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka..